Nuffnang

bismillah Pictures, Images and Photos

Friday, May 29, 2009

Saya Dan Islam






















Ya Allah, syukur Engkau selamatkan aku dari kejahilan yang hampir 31 tahun......


"Jangan cuba nak cerita kat aku dengan agama, dalam kamus hidup ku tiada perkataan "AGAMA"", itulah skrip aku waktu hidup dalam kesesatan dan kejahilan. Penghujung 2005 aku tak tau kenapa boleh tertarik dengan Islam hanya dengar dari Forum Perdana yang buat d TV1 dulu, apabila terdengar ustaz buat ulasan pada akhir rancangan dia kata "ISLAM IS THE WAY OF LIFE". Tiba-tiba hati terdetik dan rasa darahku mengalir dengan laju dalam hati yang selama ini telah beku. Aku tanya kepada diriku kenapa ungkapan ini boleh buatku terasa ya?
Kenapa selama ini saya pernah cuba berbagai agama kenapa saya tak pernah dengar pun ada agama lain yang mengatakan agama itu satu cara hidup, pada akhirnya saya tenggelam dalam hidupan dunia yang tidak dapat terima apa-apa agama.

Selepas mulanya berdetiknya hatiku dengan "Islam Is The Way Of Life", aku cari sendiri apa maksud Islam itu cara hidup. Waktu itu aku masih ego dengan prinsipku yang tiada agama jadi aku rasa malu hendak cerita kan kepada sesiapa saya mula mencari-cari tentang apa itu "Islam".

Makin lama hatiku makin tidak sabar nak convert ke Islam, tapi macam mana caranya......Saya mula cuba menceritakan kepada kekawan dan beberapa orang Islam di sisiku yang ku kenali, tetapi mereka seperti tiada apa-apa reaksi pun, seakan-akan kata-kataku ini macam tidak didengari mereka langsung......Saya mula kecewa dengan sikap orang Islam di sisi ku kenapa bila saya minat dengan Islam nak masuk Islam tetapi tiada seorang nak bawa atau bantu saya, hatiku menjerit.
Akhirnya pada Okt 2006 bersamaan 27 Ramadhan 1427H saya telah dapat bantuan dari kawan saya yang telah lama hilang "contact" itu membawa saya ke Perak, Batu Kurau untuk mengislamkan saya. Pada jam pukul dua pagi saya telah melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah Masjid Batu 14, Batu Kurau, Perak dengan saksi budak-budak sekolah agama Subbaniyyah serta Ustaz Tajuddin dan juga kawan yang membawa saya ke situ.

Kononnya nak masuk Islam adalah begitu senang sekali tapi kenapa susah sangat orang nak tolong bawakan mengislamkan orang bila seseorang itu dengan rela hati hendak meluk Islam. Syukur saya sempat juga menunaikan ibadat puasa beberapa sebelum tibanya Syawal 1427H....Pada pagi Jumaat itu merupakan solat Subuh ku yang pertama kali ku dirikan walaupun baru bergelar Muslim tetapi apabila menunaikan solat waktu itu rasa hati saya begitu tenang dan selesa (masa tu saya cuma ikut je apa yang kawan saya buat) tetapi dapat rasa kelainan "FEEL" dalam ibadat Islam ini, berbanding dengan ibadat-ibadat agama lain yang saya pernah anuti......"Akan bersambung, Insya Allah"

Sebagai hamba Allah untuk memperingati diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian sama-sama kita doa kan moga Allah lindungi hati kita selalu beringat kepada Dia dan syahadah kita dikekalkan hingga ke akhirat............Amin

Tanpa Yang Maha Pencipta Sekalian Alam (ALLAH), wahai saudara-saudari sekalian dari manalah datangnya nyawa kita......Sebelum kita lelapkan mata cuba kita renung-renung betapa besarnya kurniaan Allah s.w.t kepada manusia seluruh benua......


Memori Konvo ILDAS 3/2010

Memori Konvo ILDAS 3/2010
Wah Ramainya......Pelajar Baru 7 je, carilah dimana saya.......