Nuffnang

bismillah Pictures, Images and Photos

Sunday, November 14, 2010

Sebelum menyesal atas kehilangan......

Pajam celik pajam celik, sudah dekat 5 kali saya menyambut raya Qurban, pada mulanya ingat tahun ni nak sambut raya Qurban di Rantau Panjang, Klang, Selangor sahaja (rumah keluarga angkat-Pakcik Haji Bostammi), lagi pun cuti pertengahan semester bukanlah panjang sangat tetapi keputusan muktamad nak juga balik ke Pulau Pinang. Tetapi sebelum balik ke Pulau Pinang, saya buat keputusan nak ziarah dulu keluarga Pakcik Bostammi kerana raya Aidilfitri baru ni tak sempat saya nak ziarah mereka sekeluarga. Ukhwah sebagai jiran, kawan wajib dijaga apatah lagi saudara se-Islam kita, Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa' :"......Dan berbuat baiklah kepada dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, orang yang bermusafir dan hamba sehayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." Allah pertemukan kita dengan manusia di sekeliling kita supaya kita menjalinkan hubungan semasa manusia supaya berbaik buat kepada setiap insan yang berada di sisi kita. Apakah kita tahu bila maut akan datang menjemput kita dan kemudian baru kita mula menyesal apabila kehilangan seseorang di sisi kita, apakah selepas dia telah pergi baru kita nak puji kelebihan dia sedangkan kita jarang ziarah-menziarah antara satu sama lain. Apakah bila meninggal baru kita meratap menangis di atas mayat mereka ke, itu amat di larang dalam Islam kerana pada diri saya kalau kita menjalinkan hubungan baik dengan setiap insan di sisi kita tidak ada lagi penyesalan apabila seseorang itu meninggal dunia, bahkan kita harus bersyukur kerana Allah ambil nyawa orang di sisi kita adalah Allah lebih menyayangi mereka dan kita harus redhai dengan pemergian mereka.
Sejak memeluk Islam, antara nikmat-nikmat yang Allah kurnia saya amat bersyukur sangat-sangat, yang saya nak berkongsi di sini ialah hubungan saya dengan ayah saya bertambah rapat. Semasa saya menjejakkan kaki ke peringkat sekolah menengah pada tahun 1989, dalam ingatan saya tak pernah lagi saya makan semeja bersama ayah saya sehingga mula tahun 2007 (lebih kurang 18 tahun)...... MasyaAllah, inikah tanggungjawab dan balasan sebagai seorang anak yang dibesarkan oleh seorang ayah yang kerja tak pernah sungut sepatah letih pun untuk sepenuh hati membesarkan anak supaya jadi orang yang berjaya di masa akan datang. "Ya Allah terimalah taubatku kerana aku telah menzalimi serta menderhaka pada ibu bapaku yang membela aku sejak besar tapak tangan lagi, jadikan lah aku umat yang bertakwa pada Engkau serta jadikan aku seorang anak yang soleh". Setiap kali teringat situasi begitu saya rasa sebak dan amat bersalah kerana saya pernah jadi seorang anak yang durhaka pada ibu bapa sendiri. Alhamdulillah, mula tahun 2007 saya mula berubah persepsi saya terhadap ayah yang selama ini saya rasa dia hanya sayang pada adik saya sahaja (kami 2 beradik saja saya yang sulung). Saya cuba buang ego saya untuk mencari arah supaya Allah dapat kembalikan kasih sayang bersama ayah saya. Syukur pada Allah, pada pertengahan 2008 rahsia saya meluk Islam telah terbongkar (ibu bapa menerima dengan tenang tanpa apa-apa bantahan) di situlah saya mula mengajak ayah makan sama-sama, bersembang dengan dia, setiap kali cuba cari topik untuk berkomunikasi. Pada peringkat awal saya berasa kekok sangat kerana jurang saya dengan ayah yang saya dirikan ini terlampau besar, tetapi Allah selalu mendengar doaku sekarang saya dengan ayah boleh bersembang apa-apa topik sahaja apabila duduk bersama-sama di ruang tamu, kerap saya menelefon dia berbanding dulu saya hanya telefon mak saya sahaja.
Pada satu hari saya nak bertolak ke Johor Bahru untuk hadiri temuduga oleh seorang pensyarah yang sedang buat PHD untuk tesis, sebelum keluar rumah itulah kali pertama saya salam dan cium tangan ayah saya, saya berasa betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan padaku, amat puas dan syukur pada Allah Yang Maha Penyayang (mahu tak rasa puas kerana dah berapa tahun tak sembang dengan ayah apatah lagi cium tangan dan salam-lagipun budaya cina jarang didik anak-anak untuk salam-salaman). Jadi kali ini raya Qurban saya ambil keputusan untuk balik ke Penang walaupun keluargaku belum lagi Islam sekurang-kurangnya saya dapat menemani mereka dan moga hidayah juga turut sampai pada mereka, cadangan awal tak nak balik kerana rasa cuti tak panjang dan takut bazir duit, tapi akhirnya sebab tahun baru cina (3 & 4 Februari 2011) nanti saya tak sempat nak balik kerana nak buat persediaan peperiksaan akhir semester 2 mula 8 Februari 2011, lagipun kalau duit tak cukup nanti boleh lah saya banyak puasa sunat nanti selepas balik dari cuti pertengahan semester ini.
Ayat 36 surah An-Nisa' banyak mengingatkan saya, supaya saya jalinkan hubungan baik dengan ibu bapa, saudara mara, jiran, kawan dan pada setiap insan, serta moga hidup kita tidak ada penyesalan (penyesalan pada kesilapan yang sengaja kita lakukan) apa-apa bila orang di sisi kita meninggalkan kita......Apakah kalian semua nak menyesal sedangkan kamu tidak tunaikan yang wajib walaupun kamu dah tahu itu kewajipan kamu?

Tuesday, September 28, 2010

P/S


Para pnziarah blog ana, jgn lupa baca post yg awal pd tahun 2009 dulu barulah baca yg terbaru ya. InsyaAllah akan ana teruskan hantar khabaran yg baru masa ke semasa......Moga Allah berikan kekuatan kpd ku utk membuat penyampaian mesej Islam hingga ke akhir hayat........

Monday, August 23, 2010

Status.....anak negeri.....

Status kelahiran negeri mana, anak negeri mana......banyak membantutkan para saudara kita untuk mendapat bantuan zakat melalui baitumal terutama untuk yang ingin teruskan pengajian Islam. Sebab syarat beginilah banyak menyebabkan saudara kita batalkan niat untuk belajar, kekecewaan turut timbul dalam hati. Kalau satu kumpulan tu tak ada yang anak negeri maksudnya mereka akan susah dapat bantuan atau permohonan akan terus dibatalkan......Apakah duit tu akan disimpan sahaja.

Friday, August 6, 2010

Kita ini manusia & manusia kini......

Adakah kita ingat dari mana kita datang, dan selepas ini kita akan ke mana? Wahai manuasia, kejadian kita ini adalah begitu unik sekali. Kenapa bila kita sudah dewasa kita kian lupakan asal kejadian kita? Kian lama kian kita jauhi daripada agama kita (Islam) lupakan janji kita terhadap Allah SWT, kian jauh daripada ibu bapa yang membesarkan kita sampai kekadang kita rasa malu nak mendampingi mereka & rasa segan nak cium pipi mereka & bersalam dengan mereka pun kita tak lagi mesra seperti waktu kita kecil......

Thursday, August 5, 2010

Saja meluahkan perasaan....

Kalau sy dh pandai bab2 ttg Islam sy tk la susah pyh mencari tajaan/bantuan utk bljr dh, kalau sy dh tau semua tk perlu aku korban segala utk bljr d KUIS, kalau sy ada kelulusan dlm pengajian Islam atau yg setaraf dgnnya tk perlu sy nk tunduk smpi dihimpit oleh org yg rasa dia pandai dlm segalanya......Ilmu Allah bg, wahaiorg2 yg rasa dia tu byk ilmu tu jgn la kamu berlagak smpi jd sy ni mcm org ygbodoh tk tau ape.......Bimbinglah kami, didiklah kami, bknnya marah2 kami nibagai kami org yg tk tau nk nilai ape tu baik & buruk......Wahai org2 yg rasa dia tu hebat sgt tu dgr lah, kamu org sama juga kuar dr rahim ibu juga...Kamu juga bljr merangkak, bljr berjalan, bljr bercakap, bljrmakan.......apanya beza kamu dgn sy? Nk berlagak smpi tahap rasa kami ni mcmorg yg bodoh......Bukankah kamu juga makhluk ciptaan Allah juga kamu juga akankembali kpd Yang Maha Berkuasa (Allah SWT)........

Sunday, June 20, 2010

Pemulaan perjuangan dalam jalan Islam...





Mula 17hb May 2010, saya mula jejakkan kaki ke IPTS di Bangi (KUIS), perasaan gementar, gemuruh semuanya ada......kerana saya telah tinggalkan zaman persekolahan sudah dekat 17 tahun ini nak belajar kembali agak mencabar bagi saya, tambah ini bukan pelajaran yang saya pernah ada pada zaman sekolah. Kali ini adalah pengajian Islam, dalam subjek-subjek Islamic boleh kata semuanya guna bahasa Arab.......,,,,,,syukur alhamdulillah Allah telah memberi peluang untuk saya pelajari lagi satu jenis bahasa. Pada usia 34 tahun nak belajar bukan senang bagi diri saya, tetapi dengan izin Allah saya akan buat yabg terbaik, kerana kali ini bukan kerana untuk dapatkan sijil malah yang paling utama ialah kerana Allah dan mendalami Islam serta dapat saya dakwah untuk diri saya juga dapat saya sampaikan Islam kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan juga umat manusia insyaAllah. Dalam gambar yang dilampirkan ialah sahabat-sahabat baru saya yang belajar sama-sama dalam Diploma Dakwah Semester 1 2010/2011....Doakan untuk kami moga pengajian kami mendapat keredhaan & keberkatan dari Allah serta dapat berjuang di atas jalan agama ISLAM......

Saturday, June 12, 2010

Wake Up Orang Islam Yang Muslim

WAKE UP WAKE UP ALL MUSLIMS!!!!! Jangan lagi ada yang kata
saya bahagian syariah, saya usulluddin, saya ambil tahfiz tak macam orang yang ambil
dakwah tugas merrk lain, tidakkah Allah suruh kita sampaikan Islam yang kita ni tak ingat ke kita ni org Islam itu adalah kewajiban kita.......

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (... See Moresebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Ali Imran:110)

Saturday, May 29, 2010

Mencari Ketenangan

Sejak 1995, disco, mabuk, shopping beli barang branded itulah hidup saya......Kepuasan tidak terhingga pada masa itu apatah lagi dapat enjoy ramai dalam disco. Adakah betul saya selesa atau rasa puas dengan keadaan hidup begitu, saya sendiri pun keliru sebab bila balik ke rumah tetap rasa ada banyak lagi kekosongan dalam jiwaku yang tidak dapat dipenuhi.
Saya mula mencari sesuatu yang saya rasa dapat memenuhi, sebab dengan percubaan kali pertama saya telah suka dengan najis "DADAH". Saya sering hidup dalam khayalan dan dengan keadaan yang tidak waras. Pada mulanya saya rasa begitu seronok dan amat tenang jiwa apabila kawan bersama "NAJIS". Lama-kelamaan apabila kesan khayal dah habis hati serta perasaan menjadi lagi runsing. Dalam hati saya menjerit:" Kenapa jadi begini......!!!!!"
Masa berlalu bagi cepat, sekarang sudah masuk 3 tahu 7 bulan saya memeluk agama Islam banyak kesilapan saya telah lakukan. Syukur alhamdulillah Allah masih sayang pada makhluk ciptaan yang paling sempurna iaitu manusia seperti firmanNya:


لقد خلقنا الانسن في أحسن تقويم
Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tin 95 : 4)

Kita sebagai makhluk yang paling baik dalam ciptaan Allah SWT, apa kekurangan lagi, apa yang nak diminta lagi, apakah kita tidak tahu nak bersyukur lagi ke.......?
Setiap hari saya akan merenungi kembali setiap perkara yang telah berlaku atau peristiwa yang dilalui pada hidup harian sebelum saya rehatkan diri saya dalam tidur. Ada satu perkara yang paling dalam tertanam di dalam sudut hati saya, selama ini saya memeluk Islam baru saya sedar dan tidak ada ketenangan yang dapat kita jumpa atau temui selain kita celupkan diri kita dalam Islam yakni sujud pada Allah SWT dengan sepenuh. Tetapi kenapa manusia hari ini sanggup melemparkan diri ke dalam lembah kebinasaan untuk mencari ketenangan yang tidak mungkin dapat selain dalam Islam.
Firman Allah SWT:

صبْغة الله ومن أحسن من الله صبْغة ونحن له عبدون
Maksudnya:
"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman:" Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNya lah kami beribadat"." (Surah Al-Baqarah 2 : 138)

Wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, bangkitlah dan sedarlah ketenangan itu hanya dapat ditemui dalam Islam, selain dari Islam tiada lagi ketenangan diluar yang dapat kita temui, yang ada hanya cuma lembah kebinasaan dan kehancuran sahaja......






Wednesday, April 28, 2010

Lama tenggelam....

Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua pengunjung blog saya. InsyaAllah tak lama lagi saya postkan teks baru, biasalah tenggelam sekejap sebab kita ni bukan orang berada yang ada laptop atau pc di rumah kalau nak buat apa kena lah pergi CC...... Tapi saya minta semua muslimin dan muslimat doakan untuk saya pada bulan Mei 2010 ni masuk ke KUIS untuk sambung belajar diberkat dan dapat keredhaan Allah........ Sama-sama kita dapat sebarkan kecantikan dan keistimewaan Islam pada semua insan manusia.

Memori Konvo ILDAS 3/2010

Memori Konvo ILDAS 3/2010
Wah Ramainya......Pelajar Baru 7 je, carilah dimana saya.......