Nuffnang

bismillah Pictures, Images and Photos

Monday, February 15, 2016

Pengenalan-Hak Asasi Manusia

Hak Asasi Manusia (HAM) adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia.
Istilah Hak Asasi Manusia (HAM) baru muncul selepas Revolusi Perancis, di mana para tokoh kapitalis bergabung dengan tokoh-tokoh gereja untuk merampas hak-hak rakyat yang telah mereka miliki sejak lahir. Akibat daripada penindasan yang berpanjangan yang dialami masyarakat Eropah dari kedua-dua kaum ini, maka bermulalah pembantahan rakyat dan yang akhirnya berjaya memaksa para raja mengakui aturan tentang hak asasi manusia.
Diantaranya adalah pengumuman hak asasi manusia dari Raja John kepada rakyat Inggeris tahun 1216. Di Amerika pengumuman dilakukan pada tahun 1773. Hak asasi ini telah diterima pakai oleh tokoh-tokoh Revolusi Perancis dalam bentuk yang lebih jelas dan luas, serta diisytiharkan pada 26hb Ogos 1789. Kemudiannya pengisytiharan antarabangsa mengenai hak-hak asasi manusia dikeluarkan pada Disember 1948.
Pandangan dalam hak asasi manusia di kalangan tokoh-tokoh barat antaranya mereka banyak meletakkan harapan tinggi yang mana mereka boleh menguasai dunia, malah ia juga sudah pun menjadi kenyataan kerana ideologi mereka menular masuk dalam pemikiran masyarakat. Ia bukan sahaja tulisan di mana-mana keratan kertas malah setiap ungkapan dari tokoh-tokoh barat ini menjadi senjata utama dalam setiap hujah-hujah mereka. Mereka juga menafikan hak sebagai sang pencipta yang maha esa dan juga keperibadian seorang rasul sebagai utusan dan penegak kebenaran. Malah mereka meletakan manusia sebagai tuhan yang mentadbir dunia.
Kedatangan Islam di muka bumi yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk membawa rahmat bagi makhluk seisi bumi termasuk didalamnya manusia. Menurut ajaran Islam, manusia tidak hanya menjadi objek tapi sekaligus menjadi subjek bagi terciptanya keselamatan dan kedamaian itu. Oleh karena itu, setiap muslim dituntut untuk mempertanggungjawab atas keselamatan diri dan lingkungannya. Seorang muslim harus dapat memberikan rasa aman bagi orang lain baik dari ucapan mahupun segala perilakunya.
Menurut Kamus Dewan (2013: 500): Hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok (seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain.) Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia.
Di dunia Barat HAM pada peringkat mulanya dikenal dengan istilah "natural right" kemudian ditukar dengan istilah "right of man". Kerana ternyata dari kata tersebut tidak secara langsung menampung pengertian yang merangkumi "right of women" maka istilah "right of man" diganti dengan "human right".
Menurut pendapat Jan Materson (dari suruhanjaya HAM PBB), dalam Teaching Human Rights, United Nations sebagaimana dipetik dari Baharuddin Lopa menegaskan bahawa hak asasi manusia adalah hak-hak yang melekat pada setiap manusia, yang tanpa hak-hak tersebut manusia mustahil dapat hidup sebagai manusia.
Menurut Thomas Jefferson (1991) dalam Majalah What Is Democracy, HAM pada dasarnya adalah kebebasan manusia yang tidak diberikan oleh Negara. Kebebasan ini berasal dari Tuhan yang melekat pada kewujudan manusia individu. Pemerintah diciptakan untuk melindungi pelaksanaaan hak asasi manusia.
Petikan daripada buku Teaching Human Rights: Practical activities for primary and secondary schools (2004: 9):
Human rights may be generally defined as those rights which are inherent in our nature and without which we cannot live as human beings. Human rights and fundamental freedoms allow us to develop fully and use our human qualities, our intelligence, our talents and our conscience and to satisfy our spiritual and other needs. They are based on humankind’s increasing demand for a life in which the inherent dignity and worth of each human being are accorded respect and protection. Their denial is not only an individual and personal tragedy but also creates conditions of social and political unrest, sowing the seeds of violence and conflict within and between societies and nations.
Petikan di atas bermaksud bahawa hak asasi manusia yang secara umumnya ditakrifkan sebagai hak-hak mereka yang sememangnya wujud dalam alam semulajadi dan tanpa hak tersebut manusia tidak boleh hidup sebagai manusia. Hak asasi manusia dan kebebasan asasi membolehkan kita untuk membangunkan sepenuhnya dan menggunakan kualiti yang ada pada manusia, kebijaksanaan kita, bakat kita dan hati kita dan untuk memenuhi keperluan rohani dan lain-lain sebagai manusia. Mereka adalah berdasarkan kepada permintaan manusia yang semakin meningkat untuk kehidupan di mana keutuhan kemuliaan dan bernilai pada setiap manusia yang diberikan berkenaan dan perlindungan. Penafian mereka bukan sahaja satu tragedi individu dan peribadi tetapi juga mewujudkan keadaan pergolakan sosial dan politik, menyemai benih-benih keganasan dan konflik dalam dan di antara masyarakat serta negara.
Dalam Islam padanan dari kata HAM adalah kata “huquq al-insan adh-dharuriyyah” dan “huququllah”. Huquq al-insan adh-dharuriyyah dan “huququllah” tidak dapat dipisahkan satu dengan lainnya. Inilah yang membezakan HAM konsep Barat dengan konsep dalam Islam.
Menurut Miriam Budiardjo (1999), Hak Asasi adalah hak yang dimiliki manusia yang telah diperolehi dan dibawanya bersama dengan kelahiran atau kehadirannya di dalam kehidupan masyarakat. Dianggap bahawa beberapa hak itu dimilikinya tanpa perbezaan atas dasar negara, bangsa, agama, dan jantina, kerana itu bersifat asasi serta universal. Dasar ini dari semua hak asasi adalah bahawa manusia harus memperoleh kesempatan untuk berkembang sesuai dengan bakat dan cita-cita.[1]
Menurut Darji Darmodihardjo pula yang dipetik dari penulisan A. Masyur Effendi (1980) hak asasi manusia adalah hak-hak dasar atau hak-hak pokok yang dibawa manusia sejak lahir sebagai anugerah Tuhan Yang Maha Esa.
Ada beberapa pendapat yang memberikan pemahaman tentang definisi Hak Asasi Manusia (HAM) seperti berikut:
1. HAM adalah hak asas sejak lahir merupakan anugerah daripada Allah S.W.T;
2. HAM adalah hak yang dimiliki manusia sejak kelahirannya;
3. HAM adalah hak yang melekat pada diri manusia, tanpa hak itu manusia tidak dapat hidup secara sempurna;
4. HAM adalah penyempurnaan hak-hak yang melekat pada hakikat dan keberadaban manusia sebagai makhluk Allah Yang Maha Esa.

Rujukan:
Miriam Budiardjo, Dasar-dasar Ilmu Politik120 (Penerbit PT. Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 1999).

A. Masyur Effendi, Tempat Hak-hak Asasi Manusia dalam Hukum Internasional/Nasional20 (Penerbit Alumni, Bandung, 1980).

Sulaiman Nordin, Sejarah pemikiran 1, Sumber ilmu, Perbandingan ideologi dan orde baru dunia.
Teaching Human Rights: Practical activities for primary and secondary schools.

Memori Konvo ILDAS 3/2010

Memori Konvo ILDAS 3/2010
Wah Ramainya......Pelajar Baru 7 je, carilah dimana saya.......