Apakah Penyakit Gout?

Gout disebabkan oleh urik asid
yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate)
di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang
menyebabkan sakit sendi.
Mengapakah urik asid berlebihan di
dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian
urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau
kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang
berlebihan. Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan,
kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang
berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid
yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh
mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya
berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi
dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”.
Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap
gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik
asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk
golongan pesakit ini.
Apakah yang berlaku jika penyakit
ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang
berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya.
Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan
termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk
batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah
pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk
mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimana Gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan
melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair
sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap
urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang
sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan
normal.
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku
secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan
serangan gout. Contohnya:
·
Kekurangan
air di dalam badan atau berpuasa.
·
Makan
makanan kaya purin secara berlebihan.
·
Minum
alkohol berlebihan.
·
Kecederaan
kepada sendi.
·
Selepas
pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit
Gout
·
Sakit
sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan
pergelangan kaki.
·
Sendi
menjadi bengkak.
·
Sendi
menjadi panas, merah dan teramat sakit.
·
Demam.
Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
·
Mengurangkan
sakit sendi.
·
Mengurangkan
kekerapan serangan.
·
Mengelakkan
komplikasi penyakit gout.
Rawatannya termasuklah:
1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu
daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan
seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda
mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
*Kesemua ubat-ubatan tersebut
harus diambil dibawah pengawasan doktor.
·
Penggunaan
‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
·
Minum
air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah
pinggang.
Sumber: http://www.drsendiurat.com/gout/
PEMAKANAN
BAGI PESAKIT GOUT
Pengenalan
·
Gout
merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan
bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang
tinggi di dalam badan.
·
Asid
urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu
manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di
dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin
merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
·
Sumber
protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin
yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu
mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi
pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/
hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu
:
·
Tinggi
kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
·
Sederhana
kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
·
Rendah
kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.
Jadual di bawah menunjukkan sumber
purin dalam makanan.
KUMPULAN MAKANAN
|
TINGGI PURIN
(150-825mg purin/ 100g makanan)
|
SEDERHANA PURIN
(50-150mg purin/ 100g makanan
|
RENDAH PURIN(0-50mg
purin/ 100g makanan)
|
Makanan perlu dielak
|
Makanan diambil
secara sederhana
|
Makanan yang diambil
mengikut keperluan normal
|
|
Bijirin dan Produk
Bijirin
|
Roti bijirin penuh,
oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
|
Roti, nasi, bihun,
kueteow, biskut
|
|
Buah-buahan
|
Asparagus, kekacang,
cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
|
Semua jenis buah dan
jus buah
|
|
Sayur-sayuran
|
Asparagus, kekacang,
cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
|
Kebanyakan sayuran
|
|
Makanan Berprotein
|
Ikan bilis, sardin,
hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
|
Ikan, ayam, daging,
makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan
sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
|
Susu dan produk
tenusu, telur dan keju
|
Lemak dan Minyak
|
Semua jenis (ambil
secara sederhana)
|
||
Sup
|
Ekstrak daging
|
Sup daging
|
Sup sayur
|
Lain-lain
|
Yis, minuman
beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)
|
Minum 6-8 gelas
sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan
kastard.
|
No comments:
Post a Comment