Nuffnang

bismillah Pictures, Images and Photos

Saturday, June 27, 2009

Sabar......(sambungan dari "Saya dan Islam")

"From something to nothing" itulah yang saya rasa pada awal memeluk Islam. Saya sedih sangat semasa di pondok, kian terasa jauh dengan keluarga, air mata menitis dari pipi hingga ke dagu......Adakah pilihan saya ini betul, tinggalkan pekerjaan yang beribu sebulan duduk di pondok hanya semata-mata untuk Islam sahaja. Waktu itu, dalam dompet hanya terdapat dua puluh sen saja, nak telefon mak ayah di kampung duit pula tak ada, nak beli tiket bas lagi lah jangan fikir langsung......Kenapa dulu sebelum Islam saya tidak teringat langsung pada mak ayah di kampung sekarang asyik terbayang wajah mereka terutama pada malam yang sunyi (kadang-kadang tiga bulan langsung tak telefon kat mereka-sebelum Islam), "Ya Allah tunjukki daku jalan yang sebenarnya yang harus daku tuju"......
Telefon yang tiada credit itu telah berbunyi pada suatu petang, suara kawan lama "Calvin ada kerja nak ke? Di Penang sahaja." Aku jawab: "Gaji camana?". Suara kawan jawab: " Gaji lagi ok dari dulu......". Aku: "Aku nak belajar lah sekarang, sebab aku dah masuk Islam tak nak jadi seorang muslim yang tak tau apa." Kawan: "Ala kat Penang pun hang leh belajar, tak da bezanya belajar mana pun."
Hatiku mula bergoyang, lagi pun sekarang saya bukan ada apa dah sejak masuk Islam ni, betul balik Penang pun leh belajarkan. Bisik hati: "Kamu dah susah payah datang sini takan kamu nak balik camtu saja." "Ya Allah apa harus saya lakukan......Saya rasa susah sangat tak ada "income" langsung aku jadi kosong segalanya(duit dan kereta)."
Tiga bulan berlalu, aku nak balik Penang lah aku tak tahan dah dengan hidup seperti ini, aku menyesal datang ke sini. Kenapa hatiku jadi bercelaru sebegini......? Waktu itu hanya yang saya tahu berdoa saja, nak solat hajat bukannya tahu lagi......Solat fardhu pun masih teragak-agak lagi. Suatu petang tiba-tiba hatikua terdetik satu semangat yang kuat beritahu diri saya "Jangan kamu patah balik, kalau macam itu kerja kamu selama tiga bulan ini hanya sia-sia sahaja." Ya Allah adakah ini petunjuk dari Engkau, aku bertanya......
Selepas enam bulan di situ saya telah berpindah ke PUSBA, suatu pusat bimbingan Islam untuk saudara baru. Saya berhenti di pondok sebab saya amat tertekan kerana semua orang di situ sudah punyai asas, saya baru nak merangkak, saya seakan-akan di tengah-tengah lautan tidak tahu mana arah tuju ku, barat ke, timur ke, selatan ke atau utara. Saya mula hidup baruku di PUSBA, bermula di situ saya berazam saya akan buat yang terbaik demi Allah. Saya mula belajar segala yang asas tentang Islam, terutama rutin hidup sebagai seorang muslim, saya berdoa pada Allah: "Ya Allah janga Engkau jadikan daku seorang muslim yang hanya pada nama sahaja jadikan lah saya seorang muslim yang diredhai dan disayangi Engkau."
Dua bulan berlalu di sana keadaan saya di syukur Alhamdulillah dapat saya ikut apa yang telah disampaikan oleh pensyarah. Mula dapat elaun bulan pertama RM100, saya balik ke rumah mak ayah untuk cuti minggu. Saya masih sembunyikan perkara sebenar pada keluarga waktu itu kerana takut mereka tersinggung dan salahkan Islam, sebab Islam saya kehilangan kejayaan. Sekali lagi saya diuji, mak saya beritahu saya kebelakangan ini ayah banyak kali tak ada duit untuk beli lauk, hatiku terasa pedih itu kerana sebelum perkara ini tak pernah jadi pun kenapa selepas saya Islam berlaku pula perkara macam ini.
Untuk cuba membantu keluargaku saya cuba nak dapatkan bantuan dari pihak yang berkenaan. Saya teringat pada seorang mubaligh yang kerja di pejabat agama kata, kalau ada masalah kewangan bolehlah rujuk pada pihak mereka jadi saya pun ambil keputusan pergi pada pihak berkenaan dan ceritakan hal sebenarnya. Niatku bukan nak duit bantuan untuk diri saya tetapi saya cuba ingin bantu keluargaku sambil dapat tutup sementara hal keIslaman saya ini supaya keluarga saya tidak salah faham tentang Islam apabila saya hendak buka cerita sebenarnya.
Pada mula saya tanya tentang bantuan kewangan, pihak berkenaan mula suruh saya rujuk pada ibu pejabat dan kemudiannya ibu pejabat pula suruh saya pergi ke cawangan yang saya daftar Islam. Saya mula rasa kepenatan kerana ditolak seperti bola tendang sana tendang sini. Akhirnya lepas 2 minggu pihak ibu pejabat telefon mereka kata disini tidak ada bantuan sebegitu, saya kecewa sangat lain pula mereka janji lain pula yang saya dapat. Selepas itu saya masih tidak puas hati lagi, saya minta tolong ustaz yang berada di tempat saya belajar itu tolong sampaikan kepada pihak yang saya minta bantuan itu. "Nak minta bantuan baik hang kerja tak payah lah minta bantuan." Sekali lagi saya kecewa, saya berhenti kerja sebab nak mendalami Islam bukan nak harap bantuan tetapi ustaz itu tidak dengar penjelasan saya langsung terus dia tolak permintaan saya. Lepas itu tidak lagi saya minta apa-apa terutama bantuan, saya kecewa saya kecewa dengan sikap manusia yang berjanji tetapi tidak dapat ditunaikan pun.
Apa boleh saya buat hanya doa saja lah, saya mula sedar ini ujian Allah sebab sebelum ini saya pernah hidup mewah jadi Allah uji saya dengan sedikit kesusahan takkan saya tak dapat nak harungi.
Bulan puasa telah bermula, dan mulalah ada hamba-hamba Allah yang datang beri zakat pada kami (mualaf), saya rasa amat syukur kerana sudah lama saya tidak pernah ada duit sebanyak itu dalam tangan dah (lebih kurang RM 700), disitu lah saya dapat beri kepada ibu dan ayah serta belikan beras untuk keluarga saya rasa lega banyak kerana walaupun sedikit saya bantu tetapi kepuasan itu amat tak terhingga banding dengan dulu sebelum Islam saya beri duit kepada keluarga hanya dengan ego ku dan keangkuhan sahaja sehingga tidak kenal siapa ibu bapa saya dan juga teguran mereka.
Walaupun bantuan saya ditolak berkali-kali tetapi ada juga rezeki lain yang Allah kurniakan. Dengan elaun pendidikan saya ini, saya simpan yang semampunya dan saya beri kepada orang tua saya, sehinggalah hari ini. Terus terang buat masa sekarang saya cukup segan nak minta apa-apa bantuan dari mana-mana pihak dah kerana tak sanggup lagi nak dengar pelbagai alasan dari mana-mana pihak. Sebab minta dari Allah adalah lebih daripada minta dari manusia, minta dengan Allah dapat kita pelbagai kurniaan terutama kesabaran yang Allah berikan itu adalah paling bernilai dari segalanya.......(bersambung)

1 comment:

  1. Askum...saya anak kpd hj.bostammi..saya dapat maklumat dari belia berkaitan saudara..Apapun.Tahniah! Teruskan perjuangan sehingga tertegaknya Syiar Islam di dunia ini..Barakallahhufik!!!

    ReplyDelete

Memori Konvo ILDAS 3/2010

Memori Konvo ILDAS 3/2010
Wah Ramainya......Pelajar Baru 7 je, carilah dimana saya.......