Nuffnang

bismillah Pictures, Images and Photos

Sunday, June 14, 2009

Sedar ke kita dengan tugas kita......"DAKWAH"

Baru-baru kami telah diaturkan oleh pihak institut menyertai satu kursus amali dakwah ke Kampung Changkat Bintang, sempadan antara Hulu Selangor dengan Slim River selama 4 hari 3 malam. Kursus memberi satu kesedaran yang amat besar dan pelajaran yang berharga kepada saya.
Teringat dengan kuliah subjek dakwah yang diajar oleh pensyarah di institut, amat senang apabila diterangkan secara teori tetapi bila tiba pada peringkat praktikal bukan satu kerja yang mudah. Kita nak berdakwah kepada non-muslim memeluk Islam, ya mungkin tak jadi masalah besar tetapi ada kita sedar akan kerja-kerja selepas mengIslamkan golongan ini. Adakah kita istiqamah pada tugas kita yang baru memula ini, sebab mengIslamkan seseorang wajib kita ketahui dan mengikut perkembangan seseorang saudara itu bukan hanya dari segi pendaftarannya Islam ke tidak Islam akan tetapi untuk kefahaman dan membina keyakinannya terhadap Islam.

Kerana ada sebahagian saudara baru mereka bukan tahu kemana mereka hendak tuju selepas memeluk Islam atau dimana mereka hendak mendalami ilmu Islam. Soalan seperti ini pernah timbul pada diri saya selepas memeluk Islam. Pada saudara-saudara se-Islam yang baru pun tetap sama akan timbulkan persoalan ini. Wahai kalian yang sedang mebuat kerja-kerja dakwah ini ada anda kamu pernah tanya pada diri kamu "siapa lagi yang perlu bantu dalam kerja dakwah saya ini?" Tepuk dada tanya selera dan ingat ramai lagi saudara-saudara kita yang baru ini atau yang lama memeluk Islam amat perlukan bimbingan dan mereka perlukan rujukan.

Memang betul program-program kerap di adakan dimana-mana sahaja tetapi adakah kita nilai balik program yang dijalankan itu berhasil atau tercapai hasil yang sebenarnya dan bukan setakat kertas kerja sahaja yang melaporkan semuanya lancar tetapi dari segi batinnya tiada apa-apa kesan kepada sasaran kita langsung. Program banyak tetapi hasilnya.......Saya tiada apa-apa niat untuk mengutuk mana-mana pihak tentang ini tetapi ini adalah isi hati saya yang saya ingin luahkan.

Nak mengajak orang beribadat, berbuat baik tetapi sendiri tidak menyedari firman Allah s.w.t yang terdapat dalam surah As-Saff ayat 2-3 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
" Ini bagi saya teringat satu program yang saya hadiri baru-baru ini bukan main lagi pihak urusetia mengumumkan pada orang ramai agar dapat semua boleh mengerjakan Qiamullail pada esok hari dengan pembesar suara lagi, tetapi bila sampai waktunya dimananya urusetia itu berada masih dalam selimut lagi (Ya Allah kalau saya tersilap cakap ampunlah dosaku bukan aku niat untuk sangka buruk kepada orang lain.), sampai habis iqamat subuh barulah nampak mereka itu berlenggang-lenggang ke surau. Saya bukan insan yang sempurna juga tetapi wajib kita sedar akan ayat yang Allah sampaikan. Walaupun ini mungkin hanya bagi kita rasa benda sebahagian kecil sahaja dan mungkin inilah yang membantutkan kerja-kerja dakwah kita. Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik......." Sama-sama kita renung-renungkan diri kita dimana tahap kita telah capai adakah kita perbaiki diri kita setiap kali lalui apa-apa ujian atau masih tunggu dengan hati berbisik "Tak apa ini silap sikit je."

Wahai para pendakwah sedar akan kesilapan kita sama-sama kita perbaiki diri kita dan sambil berdakwah jangan sesekali kita lupa buat "check list " untuk diri kita.

Nak menyampaikan dakwah bukan hanya program untuk bermesra dengan sasaran malah wajib kita mendalami hidup mereka cuba dekati mereka atau alami cara hidup mereka supaya diri kita sedar akan kekurangan dan rintihan titik hidup mereka bukan hanya pergi bermalam untuk dua tiga hari dan kemudian balik ke tempat masing-masing.

Bagi diri saya pandangan saya sendiri kursus dakwah wajib diadakan pada pelajar-pelajar akan tetapi pihak-pihak yang berkenaan terutama yang berpangkat tinggi itu turunlah padang sendiri jangan hanya harapkan laporan kertas kerja diatas tapak tangan sahaja dan alami dengan sendiri letaklah pangkat kita dalam beg dahulu , bersama-sama dengan mad'u kita kalau boleh dampingi mereka sewaktu kita berada bersama mereka serba sedikit kita akan mengetahui dimana kurangnya tugas dakwah kita. Berkorbanlah sedikit masa luangkan sedikit masa untuk mad'u kita mereka amat perlukan kita.


1 comment:

  1. salam...semoga Allah jua yang membalas usaha saudara.saya merupakan salah seorang saudara baru dari sarawak dan pernah belajar di ILDAS.oleh krn xdpt menyesuaikan diri saya mengundurkan diri.tetapi saya masih lagi mencari ilmu di kelantan di kuliyyah darul naim.itu cerita lama saya...sebelum itu kami belajar di perkim pengkalan chepa,ada masa nya kami pergi berdakwah di kawasan perkampungan orang asli di hulu sungai pahang menggunakan duit sendiri.xde bantuan dari mana2 agensi atas fikir terhadap agama ini.alhamdulillah saudara ada terfikir tentang keadaan ini.jemaah kami mendoakan agar terus dan dipilih atas jalan dakwah ini saudara dicintai tuhan.kalau ada masa luangkanlah untuk bersama kami menaiki bot ke pedalaman.doakan agar jalan dakwah ini terus terang untuk kita semua.saudaraku semoga jalan ini akan menjadi jalan hidupmu....tetapi ingatlah sabda nabi s.a.w sesiapa yang mencintai aku dia akan didatangi kesusahan seperti air yang mengalir...assalamualaikum-adam@GMAIL.COM.

    ReplyDelete

Memori Konvo ILDAS 3/2010

Memori Konvo ILDAS 3/2010
Wah Ramainya......Pelajar Baru 7 je, carilah dimana saya.......