Nuffnang

bismillah Pictures, Images and Photos

Friday, August 14, 2009

Adik & Ibuku......


Masih segar lagi dalam memoriku moga Allah janganlah padam nikmat yang tidak terhingga ini. Pada pertengahan bulan Syawal 1429H, pihak kakitangan ILDAS telah menziarah ke rumah saya di Pulau Pinang inilah gambar yang sempat mereka rakam dalam camera seorang ustazah. Cuma yang kurang sempurna ialah ayahku tak ada dalam foto ini kerana dia telah ke kebun semasa rombongan sampai ke rumah. Syukur alhamdulillah selepas beberapa bulan saya membuka cerita kepada keluargaku tentang status Islam saya, pihak institusi saya telah membuat ziarah ini demi mengukuhkan hubungan saya dengan keluarga saya. Moga ziarah mereka inilah juga merupakan mulanya percikan hidayah oleh Allah kedalam hati keluarga saya.
Ziarah menziarahi bukan hanya kepada saudara Islam sahaja malah kepada yang bukan Islam juga wajib kita lakukan di mana-mana sahaja kerana Allah memberi hidayah kepada seseorang tanpa mengira masa, waktu, tempat dan apa jua keaadaan kerana Dia Maha Berkuasa atas yang Dia ciptakan.
Akhirnya saya berharap sahabat-sahabat dapat doakan moga keluarga saya diberi hidayah oleh Allah s.w.t, dapat keluarga saya juga mendapat nikmat Islam yang tak terhingga oleh kurniaan Allah s.w.t.

3 comments:

  1. alhamdulillah...terharu membaca bingkisan rigkas hidup saudara...penulis doakan, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahnya kpd keluarga saudara untuk sama2 memeluk Islam....

    semoga Allah merahmati kita..aminn..

    ReplyDelete
  2. saya juga melafazkan syukur kerana anda diberi nikmat islam oleh allah..saya berasa terharu dan berharap semoga anda tetapkan pendirian dan teruskan menuntut ilmu..sesungguhnya anda memang bertuah ..jika ada masa kunjunglah ke blog sy blh kita berkongsi cerita dan maklumat..salam ukhwah

    ReplyDelete
  3. Tahniah syafiq, jom kita jamahan saudara baru semua dan bergerak ke hadapan, InsyaAllah

    ReplyDelete

Memori Konvo ILDAS 3/2010

Memori Konvo ILDAS 3/2010
Wah Ramainya......Pelajar Baru 7 je, carilah dimana saya.......