Hak Asasi Manusia (HAM) adalah
asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak Asasi Manusia
bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan. Hak asasilah
yang menjadikan kita manusia.
Istilah Hak Asasi Manusia
(HAM) baru muncul selepas Revolusi Perancis, di mana para tokoh kapitalis bergabung
dengan tokoh-tokoh gereja untuk merampas hak-hak rakyat yang telah mereka
miliki sejak lahir. Akibat daripada penindasan yang berpanjangan yang dialami
masyarakat Eropah dari kedua-dua kaum ini, maka bermulalah pembantahan rakyat
dan yang akhirnya berjaya memaksa para raja mengakui aturan tentang hak asasi
manusia.
Diantaranya adalah
pengumuman hak asasi manusia dari Raja John kepada rakyat Inggeris tahun 1216.
Di Amerika pengumuman dilakukan pada tahun 1773. Hak asasi ini telah diterima
pakai oleh tokoh-tokoh Revolusi Perancis dalam bentuk yang lebih jelas dan
luas, serta diisytiharkan pada 26hb Ogos 1789. Kemudiannya pengisytiharan
antarabangsa mengenai hak-hak asasi manusia dikeluarkan pada Disember 1948.
Pandangan dalam hak asasi
manusia di kalangan tokoh-tokoh barat antaranya mereka banyak meletakkan
harapan tinggi yang mana mereka boleh menguasai dunia, malah ia juga sudah pun
menjadi kenyataan kerana ideologi mereka menular masuk dalam pemikiran
masyarakat. Ia bukan sahaja tulisan di mana-mana keratan kertas malah setiap
ungkapan dari tokoh-tokoh barat ini menjadi senjata utama dalam setiap
hujah-hujah mereka. Mereka juga menafikan hak sebagai sang pencipta yang maha
esa dan juga keperibadian seorang rasul sebagai utusan dan penegak kebenaran.
Malah mereka meletakan manusia sebagai tuhan yang mentadbir dunia.
Kedatangan
Islam di muka bumi yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk membawa
rahmat bagi makhluk seisi bumi termasuk didalamnya manusia. Menurut ajaran
Islam, manusia tidak hanya menjadi objek tapi sekaligus menjadi subjek bagi
terciptanya keselamatan dan kedamaian itu. Oleh karena itu, setiap muslim
dituntut untuk mempertanggungjawab atas keselamatan diri dan lingkungannya.
Seorang muslim harus dapat memberikan rasa aman bagi orang lain baik dari
ucapan mahupun segala perilakunya.
Menurut Kamus Dewan
(2013: 500): Hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok (seperti hak bebas
mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain.) Contoh
yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi
manusia.
Di dunia
Barat HAM pada peringkat mulanya dikenal dengan istilah "natural right"
kemudian ditukar dengan istilah "right of man". Kerana
ternyata dari kata tersebut tidak secara langsung menampung pengertian yang
merangkumi "right of women" maka istilah "right of man"
diganti dengan "human right".
Menurut
pendapat Jan Materson (dari suruhanjaya HAM PBB), dalam Teaching Human Rights,
United Nations sebagaimana dipetik dari Baharuddin Lopa menegaskan bahawa hak
asasi manusia adalah hak-hak yang melekat pada setiap manusia, yang tanpa
hak-hak tersebut manusia mustahil dapat hidup sebagai manusia.
Menurut
Thomas Jefferson (1991) dalam Majalah What Is Democracy, HAM
pada dasarnya adalah kebebasan manusia yang tidak diberikan oleh Negara.
Kebebasan ini berasal dari Tuhan yang melekat pada kewujudan manusia individu.
Pemerintah diciptakan untuk melindungi pelaksanaaan hak asasi manusia.
Petikan
daripada buku Teaching Human Rights: Practical
activities for primary and secondary schools (2004: 9):
“Human rights may be
generally defined as those rights which are inherent in our nature and without
which we cannot live as human beings. Human rights and fundamental freedoms
allow us to develop fully and use our human qualities, our intelligence, our
talents and our conscience and to satisfy our spiritual and other needs. They
are based on humankind’s increasing demand for a life in which the inherent
dignity and worth of each human being are accorded respect and protection.
Their denial is not only an individual and personal tragedy but also creates
conditions of social and political unrest, sowing the seeds of violence and
conflict within and between societies and nations.”
Petikan
di atas bermaksud bahawa hak asasi manusia yang secara umumnya ditakrifkan
sebagai hak-hak mereka yang sememangnya wujud dalam alam semulajadi dan tanpa hak
tersebut manusia tidak boleh hidup sebagai manusia. Hak asasi manusia dan
kebebasan asasi membolehkan kita untuk membangunkan sepenuhnya dan menggunakan
kualiti yang ada pada manusia, kebijaksanaan kita, bakat kita dan hati kita dan
untuk memenuhi keperluan rohani dan lain-lain sebagai manusia. Mereka adalah
berdasarkan kepada permintaan manusia yang semakin meningkat untuk kehidupan di
mana keutuhan kemuliaan dan bernilai pada setiap manusia yang diberikan
berkenaan dan perlindungan. Penafian mereka bukan sahaja satu tragedi individu
dan peribadi tetapi juga mewujudkan keadaan pergolakan sosial dan politik,
menyemai benih-benih keganasan dan konflik dalam dan di antara masyarakat serta
negara.
Dalam
Islam padanan dari kata HAM adalah kata “huquq al-insan adh-dharuriyyah”
dan “huququllah”. Huquq al-insan adh-dharuriyyah dan “huququllah”
tidak dapat dipisahkan satu dengan lainnya. Inilah yang membezakan HAM konsep
Barat dengan konsep dalam Islam.
Menurut
Miriam Budiardjo (1999), Hak Asasi adalah hak yang dimiliki manusia yang telah
diperolehi dan dibawanya bersama dengan kelahiran atau kehadirannya di dalam
kehidupan masyarakat. Dianggap bahawa beberapa hak itu dimilikinya tanpa
perbezaan atas dasar negara, bangsa, agama, dan jantina, kerana itu bersifat
asasi serta universal. Dasar ini dari semua hak asasi adalah bahawa manusia
harus memperoleh kesempatan untuk berkembang sesuai dengan bakat dan cita-cita.[1]
Menurut
Darji Darmodihardjo pula yang dipetik dari penulisan A. Masyur Effendi (1980) hak
asasi manusia adalah hak-hak dasar atau hak-hak pokok yang dibawa manusia sejak
lahir sebagai anugerah Tuhan Yang Maha Esa.
Ada
beberapa pendapat yang memberikan pemahaman tentang definisi Hak Asasi Manusia
(HAM) seperti berikut:
1. HAM
adalah hak asas sejak lahir merupakan anugerah daripada Allah S.W.T;
2. HAM
adalah hak yang dimiliki manusia sejak kelahirannya;
3. HAM
adalah hak yang melekat pada diri manusia, tanpa hak itu manusia tidak dapat
hidup secara sempurna;
4. HAM
adalah penyempurnaan hak-hak yang melekat pada hakikat dan keberadaban manusia
sebagai makhluk Allah Yang Maha Esa.
Rujukan:
Miriam Budiardjo, Dasar-dasar Ilmu Politik, 120 (Penerbit PT. Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 1999).
A. Masyur Effendi, Tempat Hak-hak Asasi Manusia dalam Hukum Internasional/Nasional, 20 (Penerbit Alumni, Bandung, 1980).
Sulaiman Nordin, Sejarah pemikiran 1, Sumber ilmu, Perbandingan ideologi dan orde baru dunia.
Teaching Human Rights: Practical activities for primary and secondary schools.
Teaching Human Rights: Practical activities for primary and secondary schools.
Salam Syafiq. Excellent thoughts put forth by you. Now you sound like Human Right Watch already..
ReplyDeleteKamal azam
ReplyDeletePiagam Madinah membuktikan Islam terkedepan dalam HAKAM ni.btol tak?
ReplyDeleteZamriaddimasyqi.blog.com
GB02448
Piagam Madinah membuktikan Islam terkedepan dalam HAKAM ni.btol tak?
ReplyDeleteZamriaddimasyqi.blog.com
GB02448
Terima kasih atas perkongsian maklumat
ReplyDeletemohdshahir86.blogspot.com
gb02446
mantap syafiq..dah lama ada blog rupanya..heheh kipidap!!
ReplyDeletemantap syafiq..dah lama ada blog rupanya..heheh kipidap!!
ReplyDeletetahniah....perkongsian yang bermanfaat.....
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeletenabilah mohd kusairi
gb02454
Isi bernas dan mantap.
ReplyDeleteHalimatun (GB 02484)
terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeletehanisah abdul rahim GB02430
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInfo yang berguna. Baru sekarang saya faham apa itu HAM setelah membaca post dari saudara.
ReplyDeleteBumyamin Bin Md Razi
GB02435
tajuk yang menarik dan membuat aku membaca dari a to z.... tahniah
ReplyDeleteGB 02421
SABARUDIN BIN ALI